kata orang dulu2 kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa,,
tapi hari ini ape yang terjadi pada aku ialah kerana hujung jari hati terasa..
tidak perlu aku ungkapkan dengan kata2 tetapi sekadar menulis dalam mesej sahaja sudah membuat ramai orang terguris dengan hujung jariku yg selalu menekan butang yg x sepatutnye ditekan..
tapi niat aku hanya untuk bergurau apatah lagi bila melibatkan ahli keluarga aku..
sudah tentu lah aku cuba untuk menceriakan suasana bermesej dgn gurauan namun gurauan ku selalu disalahtafsir..
bila difikirkan balik,sedih dan terkilan memang menghantui aku..
bila berlaku silap faham dalam pentafsiran mesej yg aku hantar,ramai orang akan terasa hati namun tahukah mereka bahawa aku lagi terasa hati kerana sering disalahtafsir..
aku sedaya upaya cuba menyenangkan hati orang lain tapi jarang sekali mereka cuba memahami aku..
tolonglah sekali sekala faham mesej yg aku tulis sejelas2nye..kenapa perlu disalahtafsir sedangkan mereka semua sudah lama mengenali aku..
masihkan mereka tidak mengenali aku yg sebnarnye?
aku juga manusia biasa,mana mampu aku menjadi sempurna..
tidak juga aku mampu menjaga hati semua orang..
aku sudah cuba yg terbaik untuk bahgiakan orang lain sedangkan aku sendiri jarang sekali merasai kebahagian..
maafkan aku andai aku selalu membuatkan orang lain terasa hati ataupon tidak gembira..
sejujurnye aku tidak sengaja..