An Deine Seite

lupakan sejarah kalau tak mahu mengulanginya..

Skyscrapers

kenapa skyscrapers? ramai member aku bertanyakan soalan yg sama bila melihatkan aku selalu masuk forum skyscraperscity..apa yg ada dekat forum tu sebenarnya?

haa ni aku nak luahkan perasaan aku pasal kenapa aku suka masuk forum skyscrapers alias pencakar langit ni..first of all sebabnya adalah aku memang suka benda2 yang berkaitan dgn pencakar langit ni..kenapa?sebab aku suka lah,tak perlu sebab2 lain..haha..

hobi aku suka dgn perkara2 berkaitan bangunan ni kalau tak silap aku bermula masa aku sekolah rendah lagi..masa tu aku suka sangat lukis rumah,bangunan dan perbandaran..mungkin sebab terpengaruh dengan cerita kartun pon ada rasanya sebab bangunan dalam cerita kartun biasanya lawa2 dan futuristik..

pernah masa darjah 6 kalo tak silap ada seorang cikgu laki ni tegur aku cakap lukisan bangunan aku cantik..macam telur kerbau katanya..haha..apa lagi,keluar la air mata kecewa aku masa tu(manja habis masa tu)..cikgu tu pon mula la gelabah tengok aku keluar air mata..hehe..dan cerita tu habis disitu sahaja..

bagi aku design,corak,pattern,bentuk  sesuatu bangunan tu sangat menarik minat aku..pernah bila aku tengok lukisan2 abang aku yang ambil kos seni bina di politeknik,aku rasa teruja giler..tetiba aku rasa macam aku nak jadi arkitek pulak,aku nak buat something special dengan rumah aku pada masa depan..tup2,masuk UTP ambil kos engineering..haha





tapi sebenarnya bila aku masuk ke forum skyscraperscity bukanlah aku masuk semata2 disebabkan aku suka bangunan2..suka bangunan adalah salah satu sebab sahaja,sebab utama lain aku masuk ke forum tu adalah disebabkan perkongsian maklumat2 didalam forum tu yang aku rasa aku tak kan dapat di tempat lain..

di dalam thread Kota Bharu east coast city misalnya,banyak perkara yang membuka mata aku..info2 yang jarang sekali terdapat dalam paper ataupon media berlambak ada dalam tu..walaupon aku berada jauh daripada kelantan,tetapi bila aku join forum tu aku seolah2 tinggal di kota bharu itu sendiri..hari2 aku masuk nak tengok update gambar2 dan info2 terbaru yang berlaku di negeri aku..

so bagi aku forum skyscrapers ni sangat berguna bagi aku untuk mengetahui pembangunan di negeri aku sendiri tanpa perlu melihat dari kaca mata media yang sering kali lebih kuah dari sudu..

http://www.skyscrapercity.com/forumdisplay.php?f=363

and last but not yang paling last,sebab aku suka tengok gambar kebetulan dalam forum tu banyak gambar..hehe

ok dah buntu,sekian.

Penangan Final exam

adoi..dah lama aku tidak menjengah ke blog aku ni sampaikan format blog dh berubah pon tak perasan..cepat sangat masa berlalu sebenarnya,pejam celik pejam celik tengok dh nak masuk semester baru dah..esok akan start paper first untuk final exam sem ni..studi punya studi pon tak tau boleh jawab ke tidak esok..harap2 semuanya berjalan lancar..no more stupid mistake like the past semester..huhu






















 fighting derp !!