An Deine Seite

lupakan sejarah kalau tak mahu mengulanginya..

Datang tidak ku jemput..keluar tidak ku halau..




dah 3 hari officially bilik aku ni menjadi single room. semuanya bermula bila roomate(ex-rumate) aku keluar meninggalkan bilik ni dan berpindah ke blok V3.

Dia keluar secara sukarela bukan sbb aku mintak dia keluar pon. aku  masih x jelas kenapa dia buat keputusan keluar daripada bilik aku dan rumah kitorang ni. Dia keluar pon tanpa sepatah perkataan ataupon mesej bagitau aku dan masa aku masih kat kelantan sempena cuti pertengahan sem..masa aku sampai kat bilik dalam pukul 5.30 pagi tu tengok2 katil dengan loker dia dah kosong,tanya member2 kata dia dh pindah ke blok lain.ermmm..

secara theorinye la aku tahu la kenapa dia keluar daripada bilik aku sebab kami pun sudah beberapa bulan tidak bercakap..Bukan sebab bergaduh ke ape tp aku mengambil keputusan untuk tidak bercakap dgn dia sebab dia memang jenis yg kurang bercakap.so untuk memudahkan kerja kitorang just buat je keje masing2.tup2 dia pindah kluar daripada bilik so aku xboleh nak buat ape2 lah sedangkan masa dia keluar pon tanpa sebarang notis.

lagipon bukan aku yang mintak nak sebilik dengan dia tahun lepas tapi dia yg mintak,katanya dah bosan dengan roomate lama namun bila roomate dengan aku pon dia x serasi jugak so lebih baik ikut haluan masing2 saja lah..

cuma dalam hal ni aku sangat terkilan dengan cara dia keluar daripada bilik ni..even tanpa sepatah perkataan bagitau aku seolah2 aku ni tak wujud dalam bilik tu..bagi aku cara dia memang lah tersangat sopan.

tapi walau apa pon,aku harap apa yg berlaku sekarang ni menjadi pengajaran kepada aku dalam memilih roomate dan housemate.dan pastikan tidak menjadi roomate dengan kawan baik sendiri sebab ia takkan kekal lama bila duduk sebumbung..

k adios amigos.