lama x update blog ni,
bukan xnak update sebenarnya tapi broadband yg aku pakai skrg ni menidakkan untuk berbuat demikian..
ditambah plak skrg aku bekerja 12 jam sehari,masa tu kurang la nak tulis benda2 camni..
btw,blog ni adalah seperti diari aku yg mana aku catatkan apa yg berlaku di setiap perjalanan masa dalam hidup aku,
jadi memang banyak yg berlaku setiap hari dlm hidup aku
dan sungguh aku mahu catatkan disini supaya di masa depan dapat aku selak balik ape yg berlaku sepanjang kehidupan aku..
tapi kalau dah verukband macam ni memang susah la..
tulis mungkin boleh tp aku lebih suka menulis sambil memuatnaik gambar supaya ia menjadi kenangan..
so kalo setakat menulis je rasa kurang sikit la..
ok sekian buat kali ni..salam
adios amigos..
Antara amalan-amalan di bulan Ramadhan yang boleh kita amalkan adalah :
- Lebihkan amalan solat sunat seperti solat sunat Isyrak, Dhuha, Rawatib, Taubat, Tarawih, Tahajjud dan Witir.
- Tidak meringankan amalan bersahur lewat waktu dan berbuka awal waktu.
- Membiasakan solat Fardu 5 waktu berjemaah di Masjid, Surau atau di rumah.
- Memperbanyakan bacaan dan bertadarus Al Quran dan azam untuk khatam Al Quran.
- Memperbanyakan iktikaf di Masjid atau surau.
- Basahkan lidah dengan dzikir setiap masa yang terluang siang atau malam.
- Menambah ilmu dengan membaca buku dan menghadiri masjlis ilmu dimana sahaja diadakan.
- Bangun awal seawal 4.30 pagi untuk bersahur dan beramal menjelang subuh.
- Mengurangkan hiburan dan aktiviti yang sia-sia yang boleh mengurangkan pahala puasa.
- Banyakan sedekah.
- Banyakan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa walaupun hanya dengan sebiji kurma.
- Melipat gandakan amalan beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan.
- Berjimat berbuka puasa dan persediaan lebaran.
- Dan jangan terlupa zakat fitra.