An Deine Seite

lupakan sejarah kalau tak mahu mengulanginya..

kawan dan sahabat

kawan membuat aku ketawa,membuat aku gembira dan juga membuat aku menderita..tapi oleh kerana hari ni aku bersedih disebabkan kawan maka untuk hari tiada keindahan lagi dlm persahabatan yg aku nampak..

setahun berlalu baru lah segala rahsia terbongkar..sebnarnye aku tidak kisah ape pandangan ornag terhadap aku tp bila semua tu melibatkan kawan2 aku,aku memang x boleh terima..mereka makan sekali dgn aku,keluar jalan2 skali nagn aku,pg cc skali dgn aku tp kenapa mereka tergamak menjadikan aku mangsa kebencian mereka..kenapa di depan aku mereka semuanye baik..

walaupon perkara ni aku dah tahu awal2 lagi tp aku pejamkan mata sbb bagi aku kami masih dlam minggu suai kenal so mungkin aku salah faham ataupon berlaku ketidakpuasan hati..namun perkara ni berlaku setelah aku menganggap mereka kwan2 rapat aku..betapa naifnye aku kerana terlalu ingin berkawan sehinggakn tidak nampak kebencian orang kepada aku..adakah aku sudah terlalu bodoh dalam mencari kawan?kenapa seringkali aku ditikam belakang?mungkin kesalahan aku terhadap mereka terlalu besar sehinggakan aku dibenci..

kalau dulu aku tidak kisah tidak mempunyai kawan tp skrg aku kisah..aku x mahu suasana di sekolah lama aku berulang lagi apabila aku sering dipulaukan..pendapat aku adalah sampah,idea aku tidak boleh diterima..sama ad aku ad atau tiada sama sahaja..saat2 tu sangat memeritkan dan aku tak nak perkara tu berlaku lagi..aku mahu bila mereka berjumpa aku,mereka tahu nama aku,mereka boleh senyum kepada aku,mereka boleh bercakap dgn aku..bukan seperti bila aku cuba bercakap mereka tidak menghiraukan aku seolah2 aku tidak wujud di kalangan mereka..

mungkin ad yang mengatakan aku terlalu sensitif dalam hal ni tapi semua orang tahu aku juga manusia,walaupon ramai orang tidak kisah mengenai persahabatan namun sebelum ni bagi aku persahabatan adalah segalanye..hidup tidak bermakna tanpa persahabatan..namun kerana tujuan aku yg mahu berkawan dgn semua orang,akhirnya aku juga yg memendam rasa..aku terpaksa menjaga hati ramai orang,aku cuba sedaya upaya supaya tiada yg akan terguris mahupon bersakit hati dgn aku..namun aku gagal kerana bila mane semakin aku cuba,semakin aku menderita..hati aku bengkak bila mana ape yg aku boleh lakukan dlm persahabtan nampaknye tidak boleh dilakukan oleh mereka..aku tidak pernah menolak pelawaan member untuk kemana2,jarang skali aku menolak permintaan tolong mereka malah aku sanggup menghabiskan duit untuk menjaga persahabtan kerana aku tahu sekali aku dah putus persahabatan aku akan hilang segalanye..

namun tiap kali itu aku akan dipinggirkan bilamana aku tidak diperlukan..malah mereka yg aku anggap sebagai sahabat juga tidak ketinggalan membuat aku jauh hati..

maka kali ini aku bertekad bahawa dlm hidup aku,tidak ad lagi istilah sahabat mahupon kawan baik..aku juga harus berkawan dgn semua orang namun jgn sesekali mempercayai mereka..aku juga hendaklah tidak berkongsi masalah peribadi dgn sesiapa kerana suatu hari nanti mereka juga bakal menikam aku dari belakang..cukup lah hari ni aku mengetahui kehebatan suatu tikaman dari belakang seorang sahabat..

wahai kawan dan sahabat,maafkan aku jika selepas ini aku bukan lagi seorang sahabat kepada kamu,aku bukan lagi sumber kamu meminta tolong,dan maaf andai aku selapas ini bukan lagi seseorang yg boleh kamu percayai..

aku masih yang dulu jauh dilubuk hati aku..

0 comments:

Post a Comment