skip to main |
skip to sidebar
KUALA KRAI - Tiada ibu bapa sanggup melihat anak mereka terlantar dan tidak mampu bergerak, namun itulah yang terpaksa dilalui keluarga seorang remaja, Muhammad Alif Kamaruzzaman dari Kampung Batu Jong, dekat sini, sejak setahun lalu.
Muhammad Alif, 21, anak kedua daripada enam beradik, lumpuh seluruh tubuh selepas satu kemalangan di simpang masuk kampung itu, Jun 2009.
Bapanya, Kamaruzzaman Che Ismail, 49, berkata, kejadian tersebut menyebabkan ubun-ubun kepala anaknya terbelah selepas tertusuk besi dan terpaksa ditahan di wad Hospital Kuala Krai (HKK) selama enam bulan.
Menurutnya, selain dimasukkan besi pada bahagian leher, Muhammad Alif juga terpaksa menggunakan tiub ‘nasogastrik’ untuk makan minum dan perlu ditukar setiap tiga bulan.
“Selepas keluar hospital, keadaan anak saya masih sama dan lumpuh.
“Dia juga berulang alik ke hospital kerana tukar tiub dan sesak nafas akibat banyak kahak,” katanya.
Kamaruzzaman berkata demikian selepas menerima bantuan Tabung Kronik bawah Kerajaan Negeri yang disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman.
Menurutnya, ketika nahas, motosikal dinaiki Muhammad Alif terbabas dan terbalik sebelum kepalanya tertusuk besi.
“Kejadian berlaku genap 10 hari dia tamat Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan bakal melanjutkan pengajian di politeknik di Ipoh, Perak.
“Dalam keadaannya sekarang yang langsung tidak bergerak, dia perlu dijaga sepenuh masa,” katanya yang kini menoreh seorang manakala isterinya menjaga Muhammad Alif.
Menurutnya, walau menerima RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dia masih mengharapkan bantuan untuk menampung beberapa keperluan Muhammad Alif, memandangkan dia juga perlu menyara empat anak lain termasuk tiga masih bersekolah.
“Saya amat berharap bantuan baiki rumah kerana keadaan rumah kami sekarang memang uzur dan kurang selamat bagi Muhammad Alif,” katanya kepada Sinar Harian.
hari ni bila aku buka sinar harian online,terbaca berita ni..tiada ape yg aku boleh luahkan selain rasa simpati dan sedih dgn keadaan muhammad alif..
sebenarnye muhammad alif ni bukan lah org asing bagi aku,dia merupakan kawan aku sejak aku sekolah rendah lagi..
aku pon terkejut jugak masa first member aku bgtau yg alif koma lepas accident..
muhamad alif ni boleh dikatakan baik jugak la,lau jumpa aku mesti tegur..
dah 2 tahun keadaan dia lumpuh tp masa aku melawat dia sebelum dia dia dh boleh bercakap,dan dia masih kenal aku..
harapan aku ialah semoga alif cepat sembuh sebab kitaorg nak tengok ko jadi cam dulu..happy go lucky..harap ko tabah alif menghadapi ujian ni..
ko mesti kuat lif..
0 comments:
Post a Comment