An Deine Seite

lupakan sejarah kalau tak mahu mengulanginya..

suatu kenangan

      sebenarnye aku x berhajat pon nak menulis dalam ni hari ni tp oleh kerana aku merasakan ape yg berlaku hari ni adalah suatu yg penting kepada aku,maka aku mencari idea untuk menulis serba sedilit mengenai perkara ni..

    sebenarnye hari ni adalah hari terakhir sekolah lama aku iaitu SASER akan dikenali sbg sains seremban..dan mulai hari ini juga lah,nama sains seremban akan berkubur..SASER telah mendapat name baru iaitu sekolah menengah sains tuanku munawir..

     kenapa penting sangat peristiwa ni?

    sebabnye ialah kerana peristiwa ni lah hampir semua bekas pelajar saser bersatu untuk menyatakan kekecewaan mereka diatas peristiwa ini..
ia bukan lah bermakna kami menentang pembaharuan namun untuk kami menerima semua kenyataan ini dlm masa terdekat ni amatlah mustahil apatah lagi nama SASER itu sendiri cukup tersemat dalam hati kami..

    kami juga berkongsi kedukaan dgn para guru saser yg terkilan diatas perbuatan pengetua baru saser tu..

    nama SASER yang para guru dan bekas pelajar telah bertungkus lumus untuk mengharumkannye dgn sekelip mata hilang hanya kerana seorang pengetua yg suka membuat keputusan sendiri dan mementingkan diri sendiri semata2..

    tapi x perlu lah aku nak menambah lagi komen aku mengenai pengetua tersebut,cukup sekadar aku ingin meluahkan perasaan yg aku rasakn sekarang ni..mungkin bg orang lain perkara ni adalah kecil tp bg bekas pelajar saser trajedi ini telah menamatkan legacy 8 batch SASER..

    cogan kata "saser namamu teratas" memang amat tepat kerana sepanjang perjalanan 8 batch tersebut kami berjaya menjadi yg terbaik sampai ke batch terakhir iaitu batch 2010..

   maka dgn ini berakhir lah sudah perjalanan mu wahai sains seremban..
   REST IN PEACE~2002-2011.




   kenangan terakhir iaitu lagu putera harapan yg mane semalam adalah hari terakhir dinyanyikan
______________________________________________________________________________

  Sekolah Menengah Sains Seremban

   Sekolah yang berwawasan

   Berbakti penuh cekal

   Harapan nusa bangsa

   Bersemangat waja berpadu tenaga

   Ilmu dituntut sepanjang masa

   Tingkatkan iman dan takwa

   Membentuk generasi mulia

   Semua pengorbanan dihargai

   Semua usaha dicontohi

   Pemangkin kemajuan masa hadapan

   Memartabatkan Sains Seremban

   Memartabatkan Sains Seremban

   Kamilah Putera Harapan
------------------------------------------------------~~~~~~----------------------------------------------- 
 p/s:lirik lagu diambil dari blog  http://almondlamka91.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment