An Deine Seite

lupakan sejarah kalau tak mahu mengulanginya..

kawan dan sahabat

kawan membuat aku ketawa,membuat aku gembira dan juga membuat aku menderita..tapi oleh kerana hari ni aku bersedih disebabkan kawan maka untuk hari tiada keindahan lagi dlm persahabatan yg aku nampak..

setahun berlalu baru lah segala rahsia terbongkar..sebnarnye aku tidak kisah ape pandangan ornag terhadap aku tp bila semua tu melibatkan kawan2 aku,aku memang x boleh terima..mereka makan sekali dgn aku,keluar jalan2 skali nagn aku,pg cc skali dgn aku tp kenapa mereka tergamak menjadikan aku mangsa kebencian mereka..kenapa di depan aku mereka semuanye baik..

walaupon perkara ni aku dah tahu awal2 lagi tp aku pejamkan mata sbb bagi aku kami masih dlam minggu suai kenal so mungkin aku salah faham ataupon berlaku ketidakpuasan hati..namun perkara ni berlaku setelah aku menganggap mereka kwan2 rapat aku..betapa naifnye aku kerana terlalu ingin berkawan sehinggakn tidak nampak kebencian orang kepada aku..adakah aku sudah terlalu bodoh dalam mencari kawan?kenapa seringkali aku ditikam belakang?mungkin kesalahan aku terhadap mereka terlalu besar sehinggakan aku dibenci..

kalau dulu aku tidak kisah tidak mempunyai kawan tp skrg aku kisah..aku x mahu suasana di sekolah lama aku berulang lagi apabila aku sering dipulaukan..pendapat aku adalah sampah,idea aku tidak boleh diterima..sama ad aku ad atau tiada sama sahaja..saat2 tu sangat memeritkan dan aku tak nak perkara tu berlaku lagi..aku mahu bila mereka berjumpa aku,mereka tahu nama aku,mereka boleh senyum kepada aku,mereka boleh bercakap dgn aku..bukan seperti bila aku cuba bercakap mereka tidak menghiraukan aku seolah2 aku tidak wujud di kalangan mereka..

mungkin ad yang mengatakan aku terlalu sensitif dalam hal ni tapi semua orang tahu aku juga manusia,walaupon ramai orang tidak kisah mengenai persahabatan namun sebelum ni bagi aku persahabatan adalah segalanye..hidup tidak bermakna tanpa persahabatan..namun kerana tujuan aku yg mahu berkawan dgn semua orang,akhirnya aku juga yg memendam rasa..aku terpaksa menjaga hati ramai orang,aku cuba sedaya upaya supaya tiada yg akan terguris mahupon bersakit hati dgn aku..namun aku gagal kerana bila mane semakin aku cuba,semakin aku menderita..hati aku bengkak bila mana ape yg aku boleh lakukan dlm persahabtan nampaknye tidak boleh dilakukan oleh mereka..aku tidak pernah menolak pelawaan member untuk kemana2,jarang skali aku menolak permintaan tolong mereka malah aku sanggup menghabiskan duit untuk menjaga persahabtan kerana aku tahu sekali aku dah putus persahabatan aku akan hilang segalanye..

namun tiap kali itu aku akan dipinggirkan bilamana aku tidak diperlukan..malah mereka yg aku anggap sebagai sahabat juga tidak ketinggalan membuat aku jauh hati..

maka kali ini aku bertekad bahawa dlm hidup aku,tidak ad lagi istilah sahabat mahupon kawan baik..aku juga harus berkawan dgn semua orang namun jgn sesekali mempercayai mereka..aku juga hendaklah tidak berkongsi masalah peribadi dgn sesiapa kerana suatu hari nanti mereka juga bakal menikam aku dari belakang..cukup lah hari ni aku mengetahui kehebatan suatu tikaman dari belakang seorang sahabat..

wahai kawan dan sahabat,maafkan aku jika selepas ini aku bukan lagi seorang sahabat kepada kamu,aku bukan lagi sumber kamu meminta tolong,dan maaf andai aku selapas ini bukan lagi seseorang yg boleh kamu percayai..

aku masih yang dulu jauh dilubuk hati aku..

Universiti Teknologi Petronas

haha..tajuk cam poyo je..UTP lah konon..

memang aku nak cite pasal utp pon skrg ni..bukan ape sempena final exam ni cecite la sikit pasal UTP ni..

di saat aku mengepost entry ni,aku ad satu lagi final exam paper iaitu dinamik..belum studi lagi..huahaha..

ok,cerita pasal utp ni,skrg aku rasa utp tengah gila meroyan kot..dh nak habis pokok2 besar dekat village aku ni ditebangnye..wadehek man..panas la woi nanti kat V1 ni..amende la..

sebenarnye cite dia camni,beberapa waktu yg lepas,utp ni kerap dilanda ribut petir so pokok2 yg x cukup khasiat tu pon tumbang n patah ler bila ditiup angin or disambar petir..so panik la sebahagian student ni..ye lah,sape x panik bila keta sendiri kena hempap dek pokok..ermm..takziah le kepada mangsa kereta kena hempap dgn pokok tu..

tp point aku kat cni ialah adakah sbb pokok tumbang semasa ribut,habis pokok2 lain yg x bersalah mesti ditebang?haisshh..tension betul memikirkan hal ni..dah la cuaca skrg x menentu,bila panas tu panas xtreme,bila hujan plak,bukan main lebat lagi hujan..

dan skrg disekeliling blok aku ni dh xde pokok..ape ke jadahnye utp woii..panas panas..sampai kedalam hati aku panas..

niway,aku masukkan gambar utp yg agak lama..2 gambar dibawah ni diambil dari album fb hariz(jgn marah riz)..haha



ni kawasan blok akademik..


yang ni plak sebelum masuk ke area V6..

kat bawah ni some foto aku amik dr web ni..http://ashraf037.blogspot.com/2009/05/utp-must-be-private-university.html


blok akademik..


blok akdemik..pocket D..

haha..gambar kat bawah ni dari web http://scholez18.blogspot.com/2007/02/day-with-me-in-utp.html


sebelah kiri chancelor compleks dan sebelah kanan IRC(library)..


haa..yang ni lah bukan village aku..haha..ni V3..aku stay kat V1..

huhu..mesti ad yg x puas hati sbb td duk kutuk2 utp lepas tu tunjuk gambar2 lawa utp..haha..

aku bukan ape,ad sebahagian dari UTP ni aku memang totally x suka dan ad sebahagian darinye aku suka..terutama bila tengok gambar2 ni,memang aku rasa teruja la untuk blaja kat sini..

tp bila dah macam2 masalah yg melanda skrg ni,sakit hati tu lagi banyak dari perasaan bangga nye..
dengan masalah internetnye lagi,pastu yuran yg aku kena bayar not less than 6k per semester..facilities kat hostel macam hampeh..pakguard yg suka saman orang..parking yg memang x cukup..adoyai..banyak plak kalo nak listkan semua kat cni..
xpe lah,tu je lah rasanye aku nak tulis..nak sambung revision final exam plak..

sebenarnye ni sebahagian cara untuk kita lepaskan tekanan di musim final exam ni.haha

~salam~

pahit tapi benar

semalam aku kecewa sangat..masa tu dalam hati xtau nak cakap ape,x boleh describe perasaan tu,kecewa,malu,marah,geram semua ad..

setelah lama orang x marah aku,tetiba ad seorang hamba Allah ni yg lebih spesifik nye GA..walaupon marah dia bukan directly kepada aku tp disampaikan kepada aku sebagai wakil budak2 dlm kelas(bukan ketua kelas)..

aku agak terkejut besar bila dia mula meluahkan kekecewaan dia kepada kami..aku x expect sebenarnye..honestly aku sangat berkecil hati tp ape yg dia bgtau aku tu hakikat so aku terpaksa terima..

ditambah plak aku ni yg jenis over sensitif,memang aku akan ingat la sampai bila2 kes ni..akak tu tak bersalah tp yg bersalah ialah aku dan jugak timing yg x kena..

dan aku rasa terbeban sbb aku seorang je yg tau ape yg sebenarnye akak tu fikirkan semasa mengajar kitorang..

sedih2..need time to recover..(-_-")~