An Deine Seite

lupakan sejarah kalau tak mahu mengulanginya..

Kau yang Dilupakan





ini adalah sungai di kampung aku iaitu di kampung bukit chengal,Batu Jong Kuala Krai..sungai ni lebih dikenali sebagai sungai Nal.

dulu disini lah tempat aku,keluarga dan orang kampung bermandi manda..mengenangkan saat dulu2,sungai ni memberi pengertian yg sangat besar kpd kami..sungai ni juga lah saksi perubahan masa dan zaman di kampung bukit chengal ni..dulu sungai disini airnya sangat jernih hinggakan dari tebing sungai aku masih dapat melihat ke dasar sungai dan melihat ikan2 di dalam air..

namun suasana berubah bila masa berjalan..sekarang hampir tiada lagi orang kampung yang menggunakan sungai ini waima untuk mandi manda sekalipon. Jika dulu ramai yang ke sungai ni untuk aktiviti harian seperti mandi manda,membasuh pakaian,memancing dan sebagainya namun sekarang selolah2 sungai ini sudah tidak wujud di mata orang kampung.

hal ni mungkin juga ada hubung kait dengan kemudahan bekalan air daripada kerajaan yang mana menyebabkab orang kg tidak lagi memerlukan air sungai untuk aktiviti seharian.





Sungai ini juga saban hari berubah,setiap kali aku pegi melawat apabila aku pulang ke kampung keadaan sungai ni mesti berubah. kesan hakisan banjir hampir setiap tahun telah banyak merubah bentuk sungai ni. Jika dulu sungainya jernih hampir sepanjang tahun tp sekarang untuk melihatnya jernih hatta walau sekali pon sudah tidak kelihatan. Air nya juga tidak sebersih dahulu dek kerana sifat rakus manusia yang enggan berkongsi kemakmuran dgn alam sekitar..

sungai kg bukit chengal.batu jong


beberapa kilometer di hulu sungai ni terdapar banyak kilang2 papan,kilang balak dan juga ada sebuah kilang pemprosesan getah iaitu Lee Rubber yg beberapa tahun lepas berpindah ke kawasan perindustrian Sg Nal. natijah daripada kerakusan kilang2 ni la yang menyebabkan segala sisa2 pemprosesan kayu dan getah di buang ke dalam sungai seolah2 sungai tu ayahanda dia yang punya. hasilnya air sungai kotor dan berbau yang menyebabkan tiada lagi manusia yg sanggup menggunakannya.

kesal dgn apa yang berlaku namun terpaksa menerima hakikat ini..sungai yang aku hargai akhirnya dibiar membusuk.

0 comments:

Post a Comment